Barcelona berminat buru Victor Osimhen sebagai pengganti Lewandowski

26

Barcelona dilaporkan sedang menilai peluang untuk mendapatkan penyerang Napoli, Victor Osimhen, sebagai calon pengganti jangka panjang kepada Robert Lewandowski menjelang jendela perpindahan musim panas 2026.

Menurut laporan daripada Mundo Deportivo dan Sportscafe, Osimhen kini berada dalam senarai sasaran utama Barcelona selepas kelab Catalan itu mula mencari penyerang baharu bagi memperkukuh jentera serangan mereka.


Bagaimanapun, perpindahan ini dijangka sukar direalisasikan berikutan nilai pelepasan Osimhen yang pastinya tinggi setelah ditandatangani oleh Galatasaray sebanyak €75 juta pada Julai lalu, selain tuntutan gaji tinggi pemain Nigeria itu.

Namun difahamkan belum ada sebarang rundingan rasmi antara Barcelona dan Galatasaray setakat ini.

Pihak pengurusan Barcelona difahamkan melihat Osimhen sebagai profil penyerang ideal yang memiliki kelajuan, kekuatan fizikal dan ketajaman penyudah — ciri-ciri yang sesuai untuk menggantikan Lewandowski, yang kini berusia 37 tahun dan semakin kerap berdepan isu kecederaan.

Walaupun minat itu nyata, keadaan kewangan semasa Barcelona mungkin memaksa mereka meneliti pilihan lain yang lebih realistik menjelang tahun 2026.

Namun, segala-galanya tidak mustahil kerana ia bergantung kepada keadaan kelab itu ketika tempoh perpindahan tersebut dibuka.