Miyu Yamashita takluk Maybank Championship 2025, rai kemenangan kedua musim ini
Bintang golf Jepun, Miyu Yamashita, sekali lagi membuktikan keunggulannya apabila muncul juara Maybank Championship 2025 selepas menewaskan Hye-Jin Choi dan Hannah Green dalam aksi play-off tiga penjuru penuh dramatik di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) hari ini.
Kemenangan ini bukan sahaja melakar sejarah sebagai gelaran keduanya musim ini, malah mengukuhkan reputasi Yamashita sebagai antara pemain paling konsisten di Jelajah LPGA selepas kejayaan besar di AIG Women’s Openpada Ogos lalu.
“Saya sangat gementar ketika itu kerana gagal melakukan birdie di green ke-18. Tapi saya segera tenangkan fikiran dan bersedia untuk play-off,”
katanya.
Walaupun terpaksa berdepan gangguan cuaca berulang, Yamashita tetap fokus dan menggunakan masa menunggu dengan cara tersendiri.
“Saya hanya mendengar muzik dan cuba kekal tenang. Saya mahu pastikan minda saya berada dalam keadaan terbaik sebelum kembali ke padang.”
Detik penentu hadir apabila Yamashita melakukan putt tepat untuk birdie, sekali gus menutup kejohanan dengan gaya penuh keyakinan.
“Saya sebenarnya hanya sasarkan birdie, tapi ia masuk dan saya tahu itu momen kemenangan saya.”
Dalam pada itu, Yamashita berkata ketepatan putt dan disiplin mental menjadi kunci utama kejayaan kali ini.
“Semalam pukulan saya tidak begitu baik, jadi saya banyak berlatih selepas pusingan ketiga. Usaha itu akhirnya membuahkan hasil.”
Sementara itu, mengakhiri musim dengan dua kejuaraan besar, Yamashita menzahirkan penghargaan kepada pasukan dan penajanya yang sentiasa memberi sokongan tanpa henti.