Rashford bantu Barcelona bangkit selepas kecewa dalam El Clasico

26

Marcus Rashford kembali mencuri tumpuan apabila menjaringkan gol penting untuk membantu Barcelona menewaskan Elche dalam aksi La Liga, sekaligus menebus kekecewaan kekalahan kepada Real Madrid dalam El Clasico minggu lalu.

Dipetik dari BBC, skuad kendalian Hansi Flick bermula garang apabila Lamine Yamal membuka tirai jaringan pada minit ke-9 hasil gerakan solo menarik selepas menerima hantaran Alejandro Balde. 


Dua minit kemudian, Ferran Torres menambah gol kedua selepas memanfaatkan kesilapan pertahanan Elche.

Rafa Mir mengurangkan defisit buat pelawat sebelum tamat separuh masa pertama dengan rembatan cantik dari luar kotak penalti. 

Rashford, yang dilihat bersemangat tinggi, memastikan kemenangan Barcelona selepas menyempurnakan hantaran Fermin Lopez pada minit ke-61 dengan rembatan kencang dari jarak dekat.

Elche hampir mengejutkan tuan rumah apabila Mir dua kali mengenai tiang pada babak kedua, namun Barcelona kekal kukuh mempertahankan kelebihan. 

Kemenangan ini menyaksikan Barca naik semula ke tangga kedua liga, lima mata di belakang pendahulu Real Madrid, serta mengekalkan rekod tanpa kalah ke-25 di laman sendiri menentang Elche.