Gareth Southgate bimbang isu perpaduan England dalam debat bendera St George

24

Bekas pengurus England, Sir Gareth Southgate, menyuarakan kebimbangan terhadap isu perpaduan nasional susulan perdebatan hangat mengenai penggunaan bendera St George yang semakin ketara di seluruh negara.

Dipetik dari BBC, fenomena pengibaran bendera St George dan Union Jack yang semakin banyak dilihat di kawasan awam telah menimbulkan pelbagai reaksi ada yang melihatnya sebagai simbol patriotisme sejati, namun tidak kurang juga yang menganggapnya mengundang rasa tidak selesa dan berunsur perpecahan.


Southgate, yang meletakkan jawatan selepas kekalahan England kepada Sepanyol di final Euro 2024, berkata beliau gusar apabila semangat kebangsaan disalah tafsir hingga menjejaskan kesatuan rakyat.

“Saya bimbang tentang perpaduan. Kita perlu lebih menumpukan kepada perkara yang menyatukan kita, bukannya yang memisahkan,” ujarnya dalam temu bual bersama BBC Breakfast.

Beliau turut menegaskan nilai kebersamaan yang ditunjukkan rakyat semasa pandemik Covid-19 wajar dijadikan contoh semangat sebenar British.

Southgate, yang kini mempromosikan bukunya Dear England: Lessons in Leadership, turut mengimbas pengalaman pahit kegagalannya menyempurnakan sepakan penalti pada Euro 1996 sebagai pengajaran untuk bangkit daripada kegagalan dan kekal bersatu sebagai bangsa.