Messi lebih baik daripada saya? Saya tak setuju – Cristiano Ronaldo

33

Bintang sensasi Al Nassr, Cristiano Ronaldo, kembali mencuri perhatian dunia bola sepak selepas muncul dalam temu bual eksklusif bersama Piers Morgan baru‐baru ini.

Dalam sesi temu bual itu, Ronaldo secara jujur mengulas tentang perbandingan antara dirinya dan seteru dari Argentina, Lionel Messi.


Apabila ditanya sama ada Messi lebih baik daripadanya, Ronaldo tanpa ragu menafikannya dan menegaskan beliau tidak mahu merendah diri tentang perkara ini.

“Messi memang pemain hebat, salah seorang terbaik dalam sejarah. Tapi lebih baik daripada saya? Saya tak setuju.”

“Saya tak mahu merendah diri,”

katanya.

Ronaldo bagaimanapun memberi penghormatan terhadap Messi sebagai seorang individu dan pemain yang luar biasa.

Katanya, persaingan bersama kapten Inter Miami itu selama lebih sedekad telah “mewarnai era bola sepak moden”.

“Beliau pemain mengagumkan, magik, berada di tahap tertinggi. Kami berkongsi pentas selama kira-kira 15 hingga 16 tahun — itulah yang membezakan kami.”

“Saya bukan ‘kawan’ beliau dalam erti kata teman sebilik atau yang selalu menelefon, tetapi saya sangat menghormatinya dan apa yang Messi lakukan untuk bola sepak adalah hebat.”

tambahnya.

Walaubagaimanapun, Ronaldo menegaskan dirinya berada dalam landasan yang berlainan ketika persoalan “siapa yang terbaik” dibangkitkan.

Walaupun beliau menganggapkan Messi sebagai salah seorang pemain terbaik yang pernah ada, Ronaldo percaya bahawa rekod, konsistensi dan motivasi persaingan adalah aspek yang menonjol dalam kariernya sendiri — dan itu yang menjadikannya yakin untuk menolak kenyataan bahawa Messi lebih baik daripadanya.