Dari aktivis ke Gladiator: Yusuf Azmi sedia tumbangkan lawan dari Indonesia di WWC
Yusuf Azmi, aktivis masyarakat dan pempengaruh terkenal Malaysia, kini menukar medan perjuangan dari lapangan sosial ke gelanggang tinju.
Beliau akan berdepan lawan dari Indonesia, Yunus Martin Wamaer, dalam acara Main Event di Warzone World Championship (WWC) pada 6 dan 7 Disember 2025.
Dikenali kerana perjuangannya bersama Semboyan Malaysia membela hak rakyat tertindas, Yusuf mempunyai pengaruh besar di media sosial dengan jutaan tontonan dan ribuan sokongan di setiap platform, termasuk Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube.
Persona berani, lantang dan tanpa kompromi menjadikannya suara rakyat yang konsisten menentang penindasan.
Beliau juga pernah mengetuai misi turun padang bagi isu penipuan, penganiayaan pekerja dan kes jenayah komersial, menjadikannya figura yang dihormati dan disegani ramai.
Dalam pada itu, lawanya iaitu Yunus Martin Wamaer, 31, berasal dari Biak, Papua, merupakan fighter yang membawa kisah unik dari “anak STM doyan tawuran” menjadi atlet dan influencer.
Dengan rekod profesional 0-2-2 dan amatur 4-0-0, Yunus dikenali kerana kepantasan tangan, ketahanan mental, dan semangat pantang menyerah.
Kisahnya bersama Alex Bhizer di zaman sekolah kini viral selepas mereka bertemu semula secara sportif di atas gelanggang.
Pertarungan ini dijangka sengit, menampilkan gabungan kekuatan media sosial dan kemahiran fizikal di atas ring.
Peminat tidak mahu melepaskan aksi adrenalin ini, yang akan disiarkan secara langsung ke seluruh dunia.
Tiket dan akses PPV boleh diperoleh melalui laman rasmi wwcworld.com, manakala perkembangan dan jadual acara boleh diikuti di linktr.ee/wwc.championshipp.
Siapakah yang akan keluar sebagai juara? Sama-sama saksikan ketika Yusuf Azmi bersedia menumbangkan lawan dari Indonesia dalam pertarungan epik ini!