Ayon yakin pasukan futsal Malaysia bersedia untuk SEA Games 2025

53

Menjelang temasya Sukan SEA 2025 di Thailand, pemain futsal kebangsaan, Khairul ‘Ayon’ Effendy berkongsi keyakinannya mengenai persiapan pasukan Malaysia. 

Menurut Ayon, beliau dan rakan sepasukan kini sudah bersedia meskipun terdapat kekangan selepas kelayakan AFC, yang menyebabkan tempoh rehat agak panjang.


“Selepas kelayakan AFC, kita berehat agak lama, tapi semua pemain sudah melakukan latihan individu sendiri. Jadi saya rasa semua dah ready dan tentu sekali kita akan buat yang terbaik untuk SEA Games 2025,”

katanya.

Ayon turut menekankan cabaran format pertandingan futsal SEA Games yang menggunakan sistem round-robin tanpa pembahagian kumpulan, menyebabkan perlawanan akan diadakan berturut-turut.

“Ini akan jadi game back-to-back, jadi semua pemain perlu bersedia dari segi kecergasan dan fizikal.”

Bercakap mengenai sasaran, beliau berharap pasukan Malaysia dapat kembali meraih pingat, dengan sasaran minimum memperbaharui kejayaan perak yang diperoleh pada Sukan SEA 2017. 

Semangat tinggi dan persiapan rapi diharap mampu membawa kejayaan untuk skuad futsal negara.