Syahir Iqbal yakin skuad futsal negara mampu raih pingat di Sukan SEA 2025
Pemain futsal kebangsaan, Syahir Iqbal Khan, berkongsi keyakinannya mengenai persiapan skuad futsal Malaysia menjelang kempen Sukan SEA 2025 di Thailand.
Menurut Syahir, walaupun tempoh latihan rasmi baru bermula empat hari beliau menegaskan bahawa semua pemain sudah menunjukkan tahap kesediaan yang baik.
Beliau mengakui selepas kelayakan AFC, pasukan berehat agak lama, tetapi setiap pemain telah melakukan latihan individu bagi mengekalkan kecergasan.
“Alhamdulillah so far semua berjalan lancar dengan ada seorang dua player yang baru. Bagi saya persiapan kita baru 4 hari tapi so far nampak okey,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Syahir juga menekankan kefahaman pemain terhadap arahan jurulatih kini lebih baik, menjadikan adaptasi taktikal baru lebih mudah.
Dalam pada itu, menyentuh mengenai aspek yang perlu diperbaiki, Syahir menekankan kecergasan fizikal dan mental sebagai kunci kerana format pertandingan Sukan SEA melibatkan perlawanan berturut-turut setiap hari.
Berhubung peluang pasukan, beliau yakin Malaysia mampu bersaing di peringkat tinggi.
“No matter how pun kita orang fight je sampai habis. Kita akan fight untuk dapatkan podium dan insyaAllah tengok macam mana. Coach harap player betul-betul percaya pada diri dan kemampuan kita.”
Sementara itu, Syahir juga berkata mereka bersedia untuk memburu pingat dan membuktikan mereka bukan pasukan kecil di rantau Asia Tenggara.