Syahmie beri komitmen penuh untuk penampilan pertama bersama skuad futsal negara

39

Pemain futsal kebangsaan, Syahmie Rosli, berkongsi rasa syukur dan keterujaannya selepas menerima panggilan pertama untuk menyertai latihan kebangsaan menjelang kempen Sukan SEA 2025 di Thailand.

“Pertama kali, syukur Alhamdulillah kerana diberi peluang untuk call-up kali ini,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Syahmie menekankan bahawa suasana dan kaedah latihan di peringkat kebangsaan jauh berbeza berbanding dengan pengalaman beliau bersama Pahang Rangers, memerlukan adaptasi lebih cepat kepada kelajuan dan seni permainan para pemain senior.


Tambahnya lagi, beliau banyak belajar daripada pemain berpengalaman yang membantu beliau menyesuaikan diri dengan sistem dan taktikal pasukan. 

Dalam pada itu, Syahmie menaruh harapan untuk membuat debutnya bersama skuad negara dI temasya itu.

“Kalau diberi peluang untuk pergi ke Thailand, saya akan cuba yang terbaik untuk membanggakan Malaysia.”

Bagi Syahmie, pengalaman berlatih dengan skuad kebangsaan memberikan peluang berharga untuk mempelajari disiplin, teknik, dan strategi dari pemain senior, sekali gus memperkukuh kemampuan dirinya di pentas antarabangsa. 

Sementara itu, beliau optimis peluang ini bakal menjadi titik permulaan yang penting dalam karier futsalnya.