Arsenal buktikan dominasi, tumbangkan Tottenham 4-1

63

Hujung minggu lalu menjadi momen besar bagi Arsenal apabila mereka menundukkan Tottenham 4-1 dalam derbi utara London yang sebelah pihak, menandakan kembalinya Gunners ke puncak liga. 

Dipetik dari BBC, dua minggu selepas keputusan seri mengejut di Sunderland, kemenangan besar ini memberi isyarat jelas bahawa Arsenal kini kembali sebagai pencabar utama kejuaraan Premier League.


Bintang Eberechi Eze mencipta sejarah dengan hatrik pertamanya dalam bola sepak senior, satu pencapaian luar biasa yang pertama dalam derbi utara London sejak 1978. 

Kejayaan ini lebih manis memandangkan Arsenal beraksi tanpa Gabriel, Martin Odegaard, Kai Havertz dan Viktor Gyokores akibat kecederaan.

Arsenal menguasai perlawanan sepenuhnya dengan 17 percubaan berbanding tiga oleh Tottenham, sementara pasukan pelawat hanya mencatat xG 0.07. 

“Ini hari istimewa untuk saya dan keluarga. Kami bersedia dengan sebarang taktikal mereka, dan saya sentiasa cuba menjaringkan gol. Penting untuk menjadi tak kenal lelah.”

Kemenangan ini bukan sahaja menjarakkan Arsenal enam mata di hadapan Chelsea, malah mengukuhkan keyakinan mereka menjelang baki saingan liga musim ini.