“Shadow Cat” Jihin Radzuan sedia pertahan maruah negara di MFN Grand Final
Pertarungan yang dinanti seluruh peminat seni bela diri Malaysia bakal tiba! Pada 6 Disember ini di Arena of Stars, Genting Highlands, Jihin “Shadow Cat” Radzuan, satu-satunya atlet wanita Malaysia yang beraksi di ONE Championship akan turun ke gelanggang bagi aksi grappling berprofil tinggi menentang jaguh muda Kazakhstan, Madina “Pocahontas” Uvaliyeva.
Walaupun terkenal sebagai antara wajah utama seni bela diri negara, Jihin berdepan cabaran sengit kali ini.
Madina bukan calang-calang lawan kerana pada usia 20 tahun, atlet Kazakhstan itu sudah bergelar Juara Dunia AIGA 2025, pemenang pelbagai gelaran kebangsaan UWW & AIGA, serta merupakan pemegang pingat perak ADCC Malaysia bagi kategori 55kg dan divisyen Absolute.
Dengan rekod cemerlang dalam disiplin grappling dan gelaran Master of Sports Kazakhstan, Madina hadir sebagai lawan yang penuh ancaman.
Namun Jihin, yang kini berusia 27 tahun dan bergelar Purple Belt BJJ, bukan sahaja membawa pengalaman bertaraf dunia, tetapi juga semangat juang luar biasa sebagai wakil tunggal negara di pentas mega ini.
Ini bukan sekadar pertembungan dua atlet wanita. Ini Malaysia vs Kazakhstan. Shadow Cat vs Pocahontas. Maruah negara, bangkit atas satu gelanggang.
MFN Grand Final akan berlangsung pada 6 Disember 2025 dengan sesi undercard bermula dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang, diikuti acara utama dari jam 6.00 petang hingga 12.00 malam.
Tiket mula dijual pada 29 haribulan melalui megafightnight.com atau t2u.asia/e/45379, manakala siaran PPV boleh disaksikan dengan harga hanya RM15.50.
Untuk perkembangan terkini, ikuti Instagram rasmi @mfn.my.
Aksi ini bakal menjadi sejarah — jangan ketinggalan!