Alliance wakil tunggal Malaysia di Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) 2025

74

Malaysia sekali lagi menaruh harapan besar kepada pasukan Alliance, satu-satunya wakil negara di PUBG Mobile Global Championship (PMGC) 2025 yang menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak USD 3,000,000.
Tahun ini menjadi lebih bermakna kerana Alliance kembali ke pentas dunia buat kali keempat berturut-turut, membuktikan konsistensi mereka sebagai antara pasukan terbaik Malaysia.

Dahulunya dikenali sebagai CelcomDigi Alliance, skuad ini membawa misi penting untuk memperbaiki prestasi terdahulu.


Pada PMGC 2023, mereka menamatkan kempen di tempat ke-15 pada Pusingan Akhir, manakala pada tahun 2024, mereka terkandas sebelum sempat menjejakkan kaki ke Grand Finals.

Kini, dengan pengalaman lebih matang dan taktikal yang diperhalusi, Alliance bertekad untuk kembali bangkit.

Peringkat Kumpulan PMGC 2025 akan berlangsung pada 28 hingga 30 November serta 2 hingga 4 Disember, diikuti Peringkat Last Chance pada 6 dan 7 Disember.

Kemuncaknya, Pusingan Akhir (Grand Finals) dijadualkan berlangsung dari 12 hingga 14 Disember 2025 di Dewan Paragon, Siam Paragon, Bangkok.

Dengan sokongan padu komuniti esports Malaysia, Alliance membawa harapan seluruh negara iaitu memburu detik bersejarah di PMGC 2025.