Aiman Azmi: Juara 50K TDL 2025 yang ‘Follow Je’ tapi tamatkan larian sebagai juara

150

Trail des Lenggeng (TDL) 2025 sekali lagi melahirkan watak besar dalam dunia larian ultra apabila Aiman Azmi muncul juara kategori 50K Lelaki Terbuka dengan catatan masa 08:18:47. 

Apa yang cukup menarik mengenai kemenangan kejayaannya hadir dengan strategi paling ringkas tetapi berkesan iaitu ‘ikut orang sampai habis’.


“Saya tak ada rancangan apa-apa. Dari mula sampai habis, saya cuma ikut orang. Itu sahaja strateginya,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Walaupun pendekatannya tampak mudah tetapi ia membuahkan hasil sekaligus menyaksikan beliau berjaya menaiki podium sebagai juara sekali lagi.

Menurut Aiman, walaupun kejayaan naik podium kali ini bukan kali pertama, namun baginya setiap kejayaan tetap terasa istimewa.

Dalam pada itu, berkongsi lanjut mengenai lariannya pada kali ini Aiman mengakui Bahagian paling mencabar adalah pendakian terakhir ketika jarak menghampiri 40km.

“Saya rasa bahagian paling mencabar adalah pada kilometer terakhir, lebih kurang 40 ke atas, di mana ada pendakian yang sangat curam. Itulah sebab saya rasa ‘kenapalah saya join ni’.

Tapi bila dah berjaya habiskan perlumbaan, rasa risau dan menyesal semua hilang — semuanya selesai.”

Sementera itu, Aiman berkata acara TDL adalah yang terakhir buat dirinya bagi tahun ini dan beliau kini bersedia memasuki fasa off-season sebelum kembali mencabar diri di jarak lebih jauh.

“Tahun depan insya-Allah saya nak cuba 100km. Finish strong je, tak target podium.”