Thomas Frank yakin masih ada sokongan, minta penyokong bersatu demi bina “kubu” Spurs

21

engurus Tottenham Hotspur, Thomas Frank, menegaskan beliau “sangat yakin” masih mendapat kepercayaan penuh daripada pemilik kelab meskipun prestasi semasa kurang meyakinkan. 

Dipetik dari BBC, Spurs hanya meraih 18 mata daripada 13 perlawanan Premier League dan kini berada di tangga ke-12, sekali gus mengundang kritikan daripada sebahagian penyokong.


Frank, yang menyertai Spurs dari Brentford pada Jun lalu, menegaskan pengurusan memahami bahawa kejayaan memerlukan masa. 

“Mereka orang yang bijak dan tahu setiap kelab besar mengambil masa untuk membina dinasti,” katanya.

Tekanan semakin memuncak selepas penyokong mengejek penjaga gol Guglielmo Vicario susulan kesilapannya dalam kekalahan 2-1 kepada Fulham, kekalahan liga di laman sendiri yang ke-10 bagi tahun 2025. 

Frank menyifatkan tindakan itu “tidak boleh diterima” tetapi memahami kekecewaan penyokong.

Beliau merayu agar penyokong terus berada di belakang pasukan, terutama ketika perlawanan berlangsung. “Kami bukan apa-apa tanpa penyokong. 

Jika mahu jadikan stadium sebagai kubu kuat, ia hanya boleh dilakukan bersama penyokong, pemain dan saya.”

Spurs bakal berdepan Newcastle United di St James’ Park dalam usaha bangkit semula.