WWC CO Event 1: Jordan Boy vs Devan Febra – Pertarungan Muay Thai epik menanti peminat

61

Arena Muay Thai bakal bergemuruh apabila ikon muda Malaysia, Jordan Boy, berdepan bintang Indonesia, Devan Febra, dalam CO Event 1 WWC yang menjanjikan aksi penuh dramatik.

Jordan Boy bukan nama baru dalam seni bela diri Thailand. Dengan rekod amatur 50-0-3 dan profesional 120-1-18, beliau telah menjuarai pelbagai kejohanan termasuk PLG Tournament 57KG, Kuda Merah 65KG, AO8 Season 2, serta mencipta kejayaan di pentas antarabangsa ONE Championship. 


Gaya pertarungannya yang agresif, dengan tekanan berterusan serta kombinasi siku dan tendangan tajam, menjadikan setiap perlawanan beliau tontonan wajib bagi peminat Muay Thai. 

Jordan Boy juga pernah meraih pingat emas East Asian World Championship dan menduduki ranking #1 Malaysia 67KG.

Sementara itu, lawanya iaitu Devan Febra pula muncul sebagai bintang muda Indonesia yang meningkat naik. 

Dengan rekod amatur 20 menang, 4 kalah, Devan terkenal dengan ketahanan fizikal, keberanian jarak dekat, dan teknik orthodox yang seimbang antara serangan dan pertahanan. 

Berat 68–70 kg dan tinggi 177 cm, beliau mampu memberi tekanan hebat kepada lawan dengan kawalan jarak yang bijak.

Pertarungan ini dijangka menjadi epik, menampilkan pengalaman profesional Jordan Boy menentang semangat juang Devan Febra. 

Peminat dari seluruh dunia kini menanti aksi yang bakal disiarkan secara langsung. 

Tiket dan akses PPV boleh didapati di wwcworld.com, sementara perkembangan acara boleh diikuti di linktr.ee/wwc.championshipp