West Ham curi mata di Old Trafford, United terus layu

12

West Ham mencuri perhatian di Old Trafford apabila bangkit melalui gol lewat permainan untuk mengikat Manchester United 1-1 dalam aksi Premier League yang penuh dramatik.

Dipetik dari BBC, sebelum perlawanan, tumpuan diberikan kepada pengakuan pengendali  Ruben Amorim, yang berkata beliau “mencuri” idea pengurus lain bagi meningkatkan ancaman bola mati aspek yang menjadi kekuatan United musim ini.


Namun, skrip berubah apabila West Ham sendiri memanfaatkan situasi bola mati dari sepakan sudut yang mencetuskan tandukan flick Jarrod Bowen gagal dikeluarkan kemas oleh Mazraoui, sebelum bola jatuh tepat kepada Soungoutou Magassa yang merembat masuk gol penyamaan pada minit ke-83 sekaligus menjadi jaringan pertamanya untuk kelab.

United sebelum itu mendahului menerusi Diogo Dalot yang menyudahkan bola pantul pada minit ke-58, tetapi prestasi longlai tuan rumah kembali menghantui mereka.

Keputusan seri ini belum cukup mengeluarkan West Ham dari zon penyingkiran, namun ia menafikan United daripada naik ke tangga kelima dan disambut dengan sedikit ejekan penyokong selepas tamat perlawanan.