Real Madrid tumbang kepada Celta Vigo

15

Real Madrid dikejutkan dengan kekalahan mengejut 2-0 kepada Celta Vigo dalam saingan La Liga, perlawanan yang berakhir dengan Los Blancos hanya sembilan pemain di atas padang dan tekanan semakin memuncak ke atas pengurus, Xabi Alonso. 

Dipetik dari BBC, keputusan itu menyaksikan Real, yang menghuni tangga kedua, kekal ketinggalan empat mata di belakang pendahulu Barcelona selepas hanya satu kemenangan daripada lima aksi terakhir liga.


Jaringan pembukaan hadir tujuh minit selepas rehat menerusi pemain gantian, Williot Swedberg, sebelum keadaan bertambah parah buat Real. 

Fran García dibuang padang pada minit ke-64 selepas menerima dua kad kuning dalam tempoh singkat, diikuti Álvaro Carreras yang turut dilayangkan kad merah pada masa kecederaan akibat bantahan dan kekasaran. 

Swedberg melengkapkan kemenangan Celta sejurus selepas itu.

Alonso mengakui kekecewaan pasukan, namun menegaskan fokus kini beralih kepada pertembungan besar Liga Juara-Juara menentang Manchester City. 

Kekalahan ini turut menamatkan kemarau 22 perlawanan Celta tanpa menewaskan Real dalam La Liga, menjadikan malam di Balaídos satu amaran jelas buat gergasi Sepanyol itu.