TM26: Lebih 12,000 sudah daftar untuk terokai keindahan negeri Terengganu, Muhammad Rabani turut sertai

32

Terengganu bersiap sedia untuk menyambut salah satu acara larian paling berprestij di Malaysia, Terengganu Marathon 2026 (TM26), yang bakal berlangsung pada 1 & 2 Mei 2026 di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus. 

Lebih 12,400 pelari dari seluruh negara dan luar negara telah pun mendaftar untuk menyertai acara ini, menjadikannya platform utama bagi pelari profesional dan amatur untuk menguji stamina serta mencapai Personal Best (PB) mereka.


Jumlah penyertaan pelari untuk TM26 dijangka akan terus meningkat dengan jangkaan lebih 30,000 pelari dari negara dan luar negara akan menyertainya.

Dalam pada itu, TM26 menawarkan dua laluan ikonik: 21KM Half Marathon yang melalui Pantai Miami, Drawbridge, Shahbandar, Jambatan Sultan Mahmud dan kembali ke Kompleks Sukan. 

Manakala 42KM Full Marathon menampilkan laluan dua jambatan yang diperluas dengan panorama menakjubkan, sempurna untuk pelari yang mencari cabaran sambil menikmati keindahan Terengganu.

Selain larian, peserta juga berpeluang memenangi TM26 Lucky Draw termasuk 9 Gold Bar dan wang tunai bernilai RM100,000.

Sementara itu, acara ini turut menarik penyertaan atlet ternama Terengganu, Muhammad Rabani Bin Hashim, yang mempunyai rekod cemerlang termasuk Terengganu Marathon 2025 (3 jam 26 minit), Ironman 70.3 Desaru 2025 (Fastest Malaysian Award) serta pelbagai kejohanan triathlon dan duathlon tempatan dan antarabangsa.

Dengan tema .Run .Explore .Chill., TM26 bukan sekadar larian tetapi ia peluang untuk menjelajah keindahan pantai putih, merasai angin laut segar, dan menyaksikan jambatan ikonik negeri Terengganu sambil menikmati pengalaman marathon yang hebat dan tidak dapat dilupakan.

Dapatkan merchandise rasmi Terengganu Marathon 2026 (TM26) sekarang dan jadilah sebahagian daripada antara acara marathon paling dinanti di Malaysia.

👉 Dapatkan sekarang di sini:
🔗 https://terengganumarathon.com/?ref=5056