Aston Villa teruskan rentak luar biasa, lapan kemenangan berturut-turut

30

Aston Villa terus mencipta sejarah selepas menewaskan Basel dalam aksi Liga Europa, menjadikan lapan kemenangan berturut-turut menjadikan ia rekod terpanjang mereka sebagai pasukan divisyen utama sejak 1914.

Dipeitk dari BBC, pengurus Unai Emery menurunkan barisan yang dirombak selepas kemenangan dramatik ke atas Arsenal hujung minggu lalu, namun Evann Guessand sekali lagi menjadi penyelamat dengan gol kedua sejak menyertai kelab dari Nice. 


Basel sempat menyamakan kedudukan menerusi Flavius Daniliuc hasil sepakan percuma bijak Xherdan Shaqiri, namun keputusan akhir berpihak kepada Villa.

Menariknya, seperti dua perlawanan sebelumnya, gol kemenangan Villa hadir daripada pemain gantian. 

Kali ini, Youri Tielemans bangkit dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol kelab pertamanya sejak Mei, memastikan Villa mengutip tiga mata penting.

Kemenangan ini mengekalkan Villa di landasan tepat untuk layak ke pusingan 16 terbaik dengan 15 mata daripada enam perlawanan, dan baki aksi menentang Fenerbahce dan Red Bull Salzburg akan menjadi penentu. 

Emery menekankan pentingnya mentaliti pasukan: “Kami bergelut hari ini, tetapi gembira dengan cara kami meraih kemenangan ini.”

Dengan rentak kini begitu mantap, Aston Villa jelas sedang membina momentum hebat di Eropah.