Liverpool tempang selepas Isak disahkan patah kaki
Hasrat Liverpool untuk terus memperkukuh jentera serangan menerima tamparan hebat apabila kelab itu mengesahkan penyerang bintangnya, Alexander Isak, mengalami patah kaki kiri dan terpaksa menjalani pembedahan segera.
Dipetik dari BBC, kecederaan buku lali yang melibatkan patah tulang fibula itu berlaku ketika aksi menentang Tottenham pada Sabtu lalu.
Isak, yang ditandatangani dengan rekod perpindahan Premier League bernilai £125 juta, menjaringkan gol selepas masuk sebagai pemain simpanan sebelum diasak keras oleh Micky van de Ven.
Walaupun pembedahan dilaporkan berjaya, pemain berusia 26 tahun itu dijangka bakal diketepikan daripada padang untuk tempoh sekurang-kurangnya beberapa bulan.
Kecederaan ini merupakan rentetan fasa sukar buat Isak selepas bergelut dengan isu kecergasan sejak berpindah dari Newcastle.
Arne Slot kini terpaksa merencana strategi baharu tanpa penyerang prolifiknya itu dalam mengharungi jadual liga yang padat. Setakat ini, Isak telah menyumbang tiga gol dalam 16 penampilan bersama skuad The Reds.