Antoine Semenyo hampir ke Manchester City
Antoine Semenyo kini berada di ambang membuat keputusan penting mengenai masa depannya apabila Manchester City dilaporkan berada di posisi terbaik untuk mendapatkan khidmat penyerang Bournemouth itu pada jendela perpindahan Januari.
Dipetik dari BBC, menurut sumber terdekat, rundingan antara City dan pihak pemain menunjukkan perkembangan positif sejak beberapa hari lalu, sekali gus meningkatkan keyakinan juara Premier League itu untuk menandatangani pemain berusia 25 tahun berkenaan.
Semenyo, yang memiliki klausa pelepasan bernilai £65 juta, turut menarik minat beberapa kelab besar England termasuk Manchester United, Liverpool, Tottenham dan Chelsea.
Namun, minat United dilaporkan semakin reda kerana menjangkakan pemain itu akan memilih City, manakala Chelsea pula tidak meneruskan usaha mereka.
Liverpool masih memantau situasi, terutama susulan kecederaan serius yang menimpa Alexander Isak, sementara Tottenham dianggap sebagai pasukan luar dalam perebutan ini.
Klausa pelepasan Semenyo hanya aktif dalam 10 hari pertama Januari, sebelum nilainya menurun pada musim panas. Bournemouth pula bersedia berunding, dengan syarat pemain itu kekal hingga akhir musim.