Kepulangan Rashford dan era baharu pasca-Amorim

134

Dunia bola sepak dikejutkan dengan khabar angin kepulangan mengejut Marcus Rashford ke Manchester United susulan pemecatan Ruben Amorim. 

Dipetik dari BBC, Rashford, yang kini berusia 28 tahun dan sedang berkelana di Barcelona secara pinjaman, dilaporkan mempunyai sinar baharu untuk kembali menyarung jersi The Red Devils


Kehadiran pengurus baharu dilihat sebagai kunci utama untuk memulihkan status bintang England tersebut di Old Trafford.

Selain isu Rashford, beberapa pemain yang sebelum ini hampir disisihkan di bawah rejim Amorim kini dikhabarkan bakal kekal bagi membuktikan kemampuan mereka. 

Dalam pada itu, nama pengendali Crystal Palace, Oliver Glasner, disebut-sebut sebagai calon kegemaran untuk mengisi kerusi panas yang ditinggalkan Amorim. 

Sementara itu di Itali, Juventus dilaporkan sedang berusaha keras untuk membawa pulang Federico Chiesa bagi memperkasakan jentera serangan mereka.