Kepulangan ‘Coach Hamee’: Misi Rakphol Sainetngam bawa Thailand kembali ke puncak Asia!
Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) secara rasmi melantik Rakphol Sainetngam sebagai ketua jurulatih baharu skuad futsal kebangsaan mereka.
Dipetik dari Asean Football, pelantikan ini menandakan kepulangan semula figura yang lebih dikenali sebagai Coach Hamee untuk mengembalikan dominasi Thailand di pentas dunia.
Nama Rakphol bukanlah asing dalam arena futsal tempatan kerana beliau merupakan watak penting di sebalik kebangkitan skuad futsal Malaysia baru-baru ini, di mana beliau berjaya mencipta sejarah membawa Harimau Malaya layak ke Piala Asia Futsal 2026.
Rekod cemerlangnya yang pernah membawa Thailand ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia 2021 membuktikan beliau adalah pakar taktikal kelas atasan.
Cabaran getir menanti beliau di Piala Asia Futsal 2026 di Indonesia, di mana Thailand diundi dalam Kumpulan B bersama Vietnam, Kuwait, dan Lubnan.
Dengan sentuhan emas yang dibawa dari Malaysia, mampukah era baharu ini meletakkan Thailand semula sebagai gergasi mutlak futsal Asia?