Manchester City, Aston Villa terlepas peluang kejar Arsenal di puncak liga

25

Manchester City dan Aston Villa kedua-duanya kempunan untuk merapatkan jurang Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan pendahulu liga, Arsenal apabila kedua-duanya hanya sekadar seri pada perlawanan awal pagi tadi.

Manchester City yang bermain di Etihad Stadium hanya mampu seri 1-1 dengan Brighton & Hove Albion, walaupun terlebih dahulu membuka jaringan melalui penalti Erling Haaland.


Gol itu menandakan gol ke-150 Haaland untuk City dalam semua pertandingan, tetapi usaha City untuk meraih kemenangan gagal setelah Kaoru Mitoma menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua.

Keputusan seri ini merupakan kali ketiga berturut-turut City gagal meraih tiga mata dalam tiga perlawanan, dan keputusan tersebut kini membuat mereka lima mata di belakang Arsenal.

Pada masa yang sama, Aston Villa juga tidak dapat memanfaatkan peluang mereka untuk melonjakkan kedudukan di hadapan City diikat 0-0 oleh Crystal Palace di Selhurst Park.

Keputusan seri ini bermakna Villa kekal di tangga ketiga liga dengan, juga lima mata di belakang Arsenal dengan 43 mata, sama mata dengan City dan dipisahkan dengan defisit gol.

Arsenal pula terus selesa di tangga pertama liga dengan 48 mata, kurang satu perlawanan berbanding City dan Villa.

The Gunners berpeluang melebarkan jarak mereka di puncak liga kepada lapan mata sekiranya menang ke atas Liverpool awal pagi esok.