Era Michael Carrick bermula: United buru Ruben Neves & pantau Oliver Glasner

317

Manchester United dilaporkan telah mengemukakan bidaan rasmi pertama di bawah era Michael Carrick bagi mengukuhkan jentera tengah mereka. 

Dipetik dari Teamtalk, selepas pemecatan Ruben Amorim, Carrick yang dilantik sebagai pengurus sementara sehingga akhir musim telah memulakan tugas dengan cemerlang menerusi kemenangan 2-0 ke atas seteru tradisi, Manchester City. 


Namun, pengurusan kelab sedar bahawa penambahan pemain baharu amat kritikal untuk mengekalkan momentum tersebut.

Fokus utama United kini terarah kepada bekas bintang Wolves, Ruben Neves, yang kini beraksi di Arab Saudi bersama Al-Hilal. Pengarah Sukan United, Jason Wilcox, dilaporkan telah menawarkan bidaan sekitar €23 juta (£20 juta) untuk membawa pemain berusia 28 tahun itu kembali ke Premier League. 

Langkah ini diambil sebagai alternatif segera memandangkan sasaran utama lain seperti Adam Wharton dan Carlos Baleba sukar dibawa masuk pada jendela perpindahan kali ini.

Dalam pada itu, masa depan jawatan pengurus tetap United turut menjadi tumpuan apabila nama pengendali Crystal Palace, Oliver Glasner, kini mendahului senarai pendek calon untuk musim hadapan. 

Perkembangan terbaharu di Palace telah meletakkan United dalam keadaan berjaga-jaga untuk membawa masuk pengendali tersebut sekiranya Carrick tidak dikekalkan secara tetap.