Sentuhan magis Mo Salah, simbol kebangkitan taktikal Arne Slot di Marseille

60

Kepulangan Mohamed Salah ke dalam kesebelasan utama Liverpool bukan sekadar pengisi slot di bahagian serangan, malah ia menjadi titik tolak keharmonian semula antara beliau dan pengurus, Arne Slot. 

Dipetik dari BBC, dalam aksi di Stade Velodrome menentang Marseille, kehadiran bintang Mesir itu memberikan impak psikologi yang besar buat pasukan, sekali gus meredakan segala ketegangan yang tercetus susulan temu bual kontroversinya di Leeds sebelum ini.


Walaupun Salah tidak mencatatkan nama sebagai penjaring, kelibatnya dalam formasi 4-2-2-2 yang diterapkan Slot memberikan dimensi baharu kepada jentera serangan The Reds

Slot secara terbuka mengakui kepentingan pemain ini dengan menyatakan bahawa Salah adalah penjaring gol terbaik dalam sejarah kelab yang tidak boleh digantikan. 

Tanpa Salah, Liverpool sebelum ini dilihat bergelut untuk menterjemahkan penguasaan bola kepada jaringan gol.

Apa yang lebih mengagumkan adalah tahap profesionalisme Salah. Meskipun baru pulang daripada tugasan antarabangsa selama sebulan, beliau tetap mampu beraksi penuh 90 minit dengan tahap kecergasan yang luar biasa. 

Bagi Slot, kemenangan di Marseille ini membuktikan bahawa hubungan erat antara pengurus dan pemain bintang adalah kunci utama jika Liverpool mahu mengekalkan rekod tanpa kalah mereka serta terus menggegar pentas Eropah musim ini.