Casemiro bakal tinggalkan Old Trafford hujung musim ini

25

Era Casemiro bersama Manchester United bakal melabuhkan tirainya. Pihak kelab secara rasmi mengumumkan bahawa pemain tengah veteran berusia 33 tahun itu akan meninggalkan Old Trafford sebaik sahaja kontraknya tamat pada penghujung musim ini.

Dipetik dari BBC, sejak perpindahannya dari Real Madrid dengan nilai £70 juta pada tahun 2022, bintang Brazil ini telah menjadi watak penting dalam skuad The Red Devils


Beliau mencatatkan 146 penampilan dan menjaringkan gol pembukaan dalam perlawanan akhir Piala Carabao 2023 yang membawa kejuaraan buat kelab.

Walau bagaimanapun, prestasi beliau mula dipersoalkan selepas pemilik bersama, Sir Jim Ratcliffe, memberi bayangan tentang rombakan skuad melibatkan pemain yang dianggap “dibayar terlalu tinggi”.

Meskipun bakal pergi, Casemiro tetap profesional. Beliau menegaskan bahawa fokus utamanya dalam baki empat bulan ini adalah untuk membantu pasukan mencapai kejayaan. 

“Manchester United akan sentiasa di hati saya, namun sekarang bukan masa untuk selamat tinggal kerana masih ada perjuangan yang perlu diselesaikan,” katanya.