Manchester City intai peluang ‘rampas’ Trent Alexander-Arnold

98

Juara Premier League, Manchester City, dilaporkan sedang aktif memantau situasi bintang England, Trent Alexander-Arnold, yang kini berdepan masa depan tidak menentu di Real Madrid. 

Dipetik dari Teamtalk, walaupun baru setahun berhijrah ke Santiago Bernabeu dari Liverpool, musim sulung pemain berusia 27 tahun itu di Sepanyol dianggap mengecewakan.


Difahamkan Alexander-Arnold bergelut untuk memberikan impak apabila hanya memulakan lima perlawanan dalam saingan La Liga. 

Kekecewaan di belakang tabir ini telah mencetuskan spekulasi kepulangannya ke England, dengan pengarah sukan baharu City, Hugo Viana, sudah mula mengadakan perbincangan awal dengan pihak perantara.

Langkah City ini dianggap berani memandangkan Alexander-Arnold masih mempunyai kontrak sehingga 2029. 

Sebarang perpindahan pasti menuntut pakej kewangan yang besar merangkumi yuran perpindahan dan gaji yang tinggi. 

Namun, bagi City, kehadiran bek kanan kreatif ini adalah pelaburan jangka panjang yang strategik bagi menggantikan beberapa nama besar yang bakal meninggalkan kelab.

Adakah peminat bola sepak akan menyaksikan bekas ikon Liverpool ini menyarung jersi biru langit? Jika tawaran tepat tiba, pintu buat Alexander-Arnold kembali ke Liga Perdana sentiasa terbuka luas.