Sentuhan Fuchsia di padang: Mizuno lancar koleksi warna baharu

27

Jenama sukan terkemuka Jepun, Mizuno, bakal menggegarkan arena bola sepak tempatan dengan pelancaran koleksi warna terbaharu bagi tiga model utama mereka pada 11 Februari ini. 

Tampil dengan kombinasi warna yang berani dan segar, koleksi kali ini mempertaruhkan tema White, Pink Tetra dan Fuchsia Purple yang pasti mencuri tumpuan di atas padang.


Model Mizuno Alpha 3 kini hadir dengan warna White dan Fuchsia Purple yang cukup elegan pada harga RM1,159. 

But ini menjadi pilihan utama barisan pemain elit Liga Super seperti Afiq Fazail, Syihan Hazmi, Manuel Hidalgo, serta bintang muda Mukhairi Ajmal dan Harith Haiqal. 

Keupayaan pecutan dan faktor keringanan model ini menjadikannya senjata rahsia buat pemain yang mementingkan kepantasan.

Bagi peminat keselesaan kulit kangaru premium, siri Morelia Neo IV turut ditawarkan dalam dua varian berbeza. Model Morelia Neo IV yang dijual pada harga RM999 menjadi pilihan jeneral Kuala Lumpur City, Paulo Josue, serta Endrick dan Feroz Baharuddin. 

Manakala versi Morelia Neo IV Beta yang lebih ringan dan moden pula dijual pada harga RM1,159, sering menjadi dambaan pemain pertahanan kebangsaan seperti Dominic Tan, Daniel Ting, Azam Azmi dan Zikri Khalili.

Koleksi eksklusif ini boleh didapati bermula 11 Februari di cawangan terpilih dan pengedar sah Mizuno di seluruh negara termasuk Al-Ikhsan Sports, Nemuree Shop, FJ Sports Pro dan Project Sport Cheras. 

Peminat dinasihatkan untuk segera mendapatkan koleksi ini sebelum ia habis disambar oleh pengumpul tegar barangan Mizuno di Malaysia.