Enggan pulang ke Old Trafford, Rashford sedia potong gaji demi Barcelona
Bintang penyerang England, Marcus Rashford, dilaporkan sudah membuat keputusan muktamad mengenai masa depannya.
D dairi BBC, pemain berusia 28 tahun itu dikabarkan tidak mahu kembali ke pangkuan Manchester United apabila tempoh pinjamannya di Barcelona berakhir pada penghujung musim ini.
Sebaliknya, Rashford kini menyasarkan perpindahan secara tetap ke Nou Camp. Demi merealisasikan impian tersebut, beliau dikatakan bersedia untuk menerima pemotongan gaji yang signifikan bagi menyesuaikan diri dengan struktur kewangan kelab gergasi Sepanyol itu.
Keputusan ini jelas menunjukkan Rashford lebih selesa dengan corak permainan di La Liga berbanding tekanan yang dihadapinya di Old Trafford sebelum ini.
Situasi ini meletakkan Manchester United dalam posisi sukar untuk berunding harga jualan, memandangkan pemain itu sendiri sudah menyatakan keinginan untuk terus kekal di Catalonia.
Adakah kelab Catalan itu akan menyahut pengorbanan Rashford dengan tawaran kontrak tetap? Sama-sama kita nantikan.