Pep Guardiola tuntut EFL benarkan Marc Guehi beraksi di final Carabao Cup

67

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, secara terbuka mendesak Liga Bola Sepak Inggeris (EFL) agar menyemak semula peraturan kejohanan bagi membolehkan pemain pertahanan baharu, Marc Guehi, beraksi di perlawanan akhir Carabao Cup menentang Arsenal. 

Dipetik dari BBC, Guehi yang ditandatangani dari Crystal Palace pada Januari lalu, kini dikategorikan tidak layak bertanding kerana menyertai City selepas aksi pertama separuh akhir bermula.


Guardiola menyifatkan peraturan tersebut sebagai “tidak logik” dan sukar diterima, memandangkan kelab telah melaburkan dana yang besar serta membayar gaji pemain tersebut sepenuhnya. 

Beliau menegaskan bahawa sebaik sahaja jendela perpindahan dibuka secara rasmi oleh FIFA dan UEFA, pemain yang dibeli sepatutnya dibenarkan mewakili kelab baharu mereka tanpa sekatan birokrasi yang mengelirukan.

Meskipun menyedari kemungkinan besar rayuan tersebut akan ditolak, Guardiola tetap mengarahkan pihak pengurusan Manchester City untuk mencuba nasib. 

Sebelum ini, City telah mendapat manfaat daripada perubahan peraturan cup-tiedyang membolehkan Antoine Semenyo beraksi. 

Kini, Guardiola berharap kelonggaran serupa diberikan kepada Guehi demi memastikan kualiti terbaik dipamerkan di pentas final Wembley pada 22 Mac depan.