Cristiano Ronaldo pilih Sporting Lisbon sebagai destinasi terakhir?

277

Dunia bola sepak kembali digemparkan dengan khabar angin mengenai masa depan legenda, Cristiano Ronaldo. 

Dipetik dari BBC, walaupun bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-41 pada hari ini, 5 Februari 2026, keghairahan bintang Portugal itu nampaknya masih belum padam, namun destinasi seterusnya mungkin bukan lagi di Arab Saudi. 


Menurut laporan ESPN, Ronaldo dikatakan sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan Al-Nassr secara rasmi pada Jun depan.

Situasi menjadi semakin tegang apabila Ronaldo dilaporkan bakal memboikot perlawanan kedua berturut-turut bersama kelab Liga Pro Saudi tersebut. 

Tindakan ini mencetuskan tanda tanya besar dalam kalangan peminat, apatah lagi selepas beliau memuat naik gambar sedang menjalani latihan peribadi di media sosial. Isyarat ini seolah-olah mengukuhkan spekulasi bahawa hubungan antara Ronaldo dan pihak pengurusan Al-Nassr kini berada di titik noktah.

Jika perpindahan ini menjadi kenyataan, destinasi paling ikonik buat CR7 pastinya adalah kepulangan semula ke kelab asalnya, Sporting Lisbon. 

Kembali ke Portugal bukan sahaja satu langkah strategik untuk kekal kompetitif di Eropah, malah merupakan penutup karier yang paling emosional. 

Adakah kita bakal menyaksikan ‘The Last Dance’ Ronaldo di tempat segalanya bermula?