ERA BAHARU LARIAN JALAN RAYA! Adidas lancar Hyperboost Edge – ‘Super-Trainer’ ringan tanpa plat
Gergasi sukan dunia, adidas, sekali lagi menggegarkan industri larian dengan pelancaran Hyperboost Edge, sepasang super-trainer ringan yang direka khas untuk mengubah landskap larian jalan raya.
Apa yang menarik, kasut ini merupakan super-trainer pertama adidas yangtidak menggunakan sebarang plat atau elemen ‘keras’, namun tetap menjanjikan larian yang responsif dan bertenaga!
Hyperboost Edge bukan sekadar kasut larian biasa. Ia menggabungkan tiga inovasi rintis untuk memastikan setiap langkah pelari terasa sempurna:
- Midsole Hyperboost Pro: Nadi utama kasut ini. Foam berprestasi tinggi yang memberikan kusyen maksimum tanpa kompromi. Dengan ketinggian tumit 45mm, ia menawarkan pulangan tenaga yang luar biasa.
- Bahagian Atas PRIMEWEAVE: Material tenunan yang sangat ringan dan lembut, memastikan kaki ‘terkunci’ dengan selamat dan selesa.
- Tapak Luar LIGHTTRAXION: Diinspirasikan daripada DNA kasut perlumbaan elit Adizero, ia memberikan cengaman padu dari tumit ke jari kaki walaupun di atas permukaan yang mencabar.

Bukan sekadar sembang kosong, kajian yang dijalankan oleh Universiti Cologne terhadap 60 pelari membuktikan kehebatan teknologi ini. Sebanyak 73% pelari lebih menyukai pulangan tenaganya, manakala 77% mengakui kusyennya jauh lebih lembut berbanding kasut larian sedia ada mereka.
“Kami mahu membawakan sesuatu yang benar-benar transformatif. Hyperboost Edge menggabungkan kusyen, tenaga, dan kelenturan secara lancar dalam satu kasut,” kata Patrick Nava, Pengurus Besar Larian adidas.
Dari segi estetika, adidas berani tampil berbeza. Buat pertama kalinya, ikon tiga jalur diletakkan secara unik pada bahagian tepi midsole yang tebal, sekali gus menonjolkan ‘enjin’ prestasi kasut tersebut. Dengan berat hanya 255 gram, ia adalah pilihan terbaik untuk latihan harian mahupun larian jarak jauh (high mileage).
Bagi pelari di Malaysia yang ingin merasai sendiri ‘Power of Three’ ini, Hyperboost Edge kini sudah boleh didapati pada harga RM849.
Anda boleh mendapatkannya dalam warna merah yang cukup menyerlah di laman rasmi adidas.com.my atau di stor terpilih termasuk Sunway Pyramid dan Pavilion KL. Pilihan warna baharu juga dijangka akan mula menjengah pasaran bermula 1 Mei ini!
Korang yang tengah cari kasut untuk PB tahun 2026, inilah masanya!