Henrietta Justine pertikai keputusan FAM tak hantar skuad wanita ke Sukan SEA

2,087

Tonggak pasukan bola sepak kebangsaan wanita, Henrietta Justine mempertikai keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mengambil keputusan untuk tidak menghantar skuad wanita ke temasya Sukan SEA Hanoi nanti.

“Bagi saya sebagai seorang pemain saya mahu pertikai keputusan FAM ini kerana seorang pemain sudah semestinya mahu main untuk pasukan kebangsaan.

Jadi saya rasa keputusan untuk tidak hantar skuad wanita adalah sebagai keputusan yang tidak wajar,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Tambahnya lagi, pemain-pemain bola sepak wanita ketika ini sudah menunjukan peningkatan dan sudah berkelayakan sekiranya dihantar untuk berentap di peringkat antarabangsa.


Dalam pada itu, beliau berkata sukan bola sepak wanita ketika ini semakin berkembang dan ia telah dibuktikan apabila Liga Super Wanita Persatuan Bola Sepak Selangor (FASWSL) dianjurkan pada tahun lalu yang menyaksikan pasukan Negeri Sembilan berjaya muncul juara.

Henrietta yang bermain untuk Negeri Sembilan telah dinobat sebagai Pemain Paling Bernilai di FASWSL termasuk menjadi wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan akhir.

Sementara itu, pemain kelahiran dari Sabah ini juga berkata sekiranya mahu bola sepak negara berkembang, FAM sepatutnya memberi sokongan sama seperti sokongan yang diterima oleh pasukan lelaki.