Hanya 2 minggu lagi! Ikon Muay Thai dunia, Buakaw sedia gegarkan Stadium Titiwangsa
Debaran peminat sukan tempur tanah air kini berada di kemuncak. Hanya berbaki kira-kira dua minggu sahaja lagi sebelum tirai Kejohanan Muay Thai T-Fight All-Stars dibuka secara rasmi di Stadium Titiwangsa pada 24 April ini.
Tumpuan utama seluruh peminat pastinya terarah kepada penampilan legenda hidup Muay Thai dunia, Buakaw Banchamek.
Penampilan ikon berusia 44 tahun ini merupakan detik yang paling dinanti-nantikan oleh peminat tempatan untuk menyaksikan sendiri aksi lincah dan ketangkasan juara dua kali K1 World Max itu di atas gelanggang.
Namun, laluan Buakaw untuk menjinakkan gelanggang Kuala Lumpur dijangka tidak mudah.
Beliau dijadualkan berdepan wakil kental dari China, Mao Gaofeng yang memiliki rekod mengagumkan dengan 33 kemenangan daripada 45 pertarungan.
Meskipun Buakaw dilihat memiliki kelebihan berdasarkan pengalaman luas di peringkat antarabangsa, pertembungan menentang Gaofeng ini berpotensi memberikan kejutan dan cabaran yang cukup sengit.
Selain aksi tumpuan itu, kejohanan bertaraf dunia ini turut menampilkan enam lagi pertarungan melibatkan jagoan dari pelbagai negara antaranya Malaysia, Thailand, China, Indonesia, Kemboja, Uganda dan Maghribi.
Pihak penganjur yakin penganjuran ini bukan sahaja mampu menarik kehadiran ribuan peminat, malah bakal mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab sukan tempur utama di rantau ini.
Bagi peminat yang tidak mahu terlepas menyaksikan detik bersejarah ini secara langsung di hadapan mata, tiket masih boleh didapati melalui laman web rasmi penganjur di pautan berikut:
Dapatkan Tiket Di Sini: https://shop.ilassotickets.com.my/eventdetails.aspx?eid=RRNRqqaC1X8=
Jangan tunggu sehingga saat akhir kerana Stadium Titiwangsa dijangka bakal dibanjiri penyokong sukan tempur pada 24 April nanti. Ayuh beramai-ramai kita saksikan “The Legend” beraksi!