Gaji sangkut, Amir Abada nekad bawa isu ke FIFA

1,449

Pemain warisan Malaysia-Mesir, Amir Abada, meluahkan kekecewaan mendalam terhadap pengalaman pahit yang dilaluinya sepanjang beraksi bersama Indera SC dalam Liga Super Brunei.

Beliau mendakwa beberapa kewajipan kontrak gagal dipenuhi oleh pihak kelab, termasuk isu pembayaran gaji dan kebajikan asas sebagai pemain profesional. 


Keadaan itu bukan sahaja memberi tekanan mental, malah memaksanya menanggung sendiri pelbagai perbelanjaan sepanjang berada di sana.

“Saya sangat kecewa kerana perkara ini memberi kesan langsung kepada karier saya, menjejaskan fokus dan prestasi di atas padang.

Disebabkan masalah yang berlarutan tanpa penyelesaian, saya terpaksa mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab,”

dedah Amir kepada Harimau Malaya.

Susulan itu, beliau kini nekad membawa kes ini ke FIFA bagi menuntut haknya serta mendapatkan keadilan.

Beliau berharap isu ini diselesaikan secara profesional.