Misi mustahil di Anfield: Arne Slot percaya keajaiban akan berulang!

33

Pengendali Liverpool, Arne Slot, tetap optimis bahawa pasukannya mampu melakar kebangkitan “magis” menentang Paris St-Germain (PSG) dalam aksi timbal balik suku akhir Champions League, awal pagi Rabu ini. 

Dipetik dari BBC, meskipun bertandang dengan defisit dua gol selepas kekalahan 0-2 di Paris, Slot menegaskan bahawa suasana di Anfield bakal menjadi pemain ke-12 yang krusial.


“Dalam 50 perlawanan terakhir di laman sendiri, 36 kali kami menjaringkan dua gol atau lebih. Kami perlu menjadi sangat luar biasa kerana menentang juara Eropah, tetapi tiada apa yang mustahil,” ujar Slot. 

Beliau turut memetik sejarah kebangkitan ikonik Liverpool menentang Barcelona pada 2019 sebagai bukti semangat The Reds.

Keyakinan itu dikongsi oleh perancang tengah, Dominik Szoboszlai, yang berikrar untuk berjuang sehingga titisan peluh terakhir, walaupun sedar PSG mempunyai kelebihan tempoh rehat yang lebih panjang. 

Tumpuan juga terarah kepada permata remaja berusia 17 tahun, Rio Ngumoha, yang mungkin diberi peranan penting selepas mempamerkan aksi memukau menentang Fulham tempoh hari.