Jom meriahkan TM26 Running Expo, syurga buat peminat sukan dan keluarga!

51

Mung dah sedia ke belum? Demam larian di Pantai Timur kini kembali membara apabila lebih 33,000 pelari telah mengesahkan penyertaan untuk Terengganu Marathon 2026 (TM26). 

Namun, kemeriahan sebenarnya bakal bermula lebih awal di TM26 Running Expo yang akan berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak bermula 30 April hingga 2 Mei 2026. 


Expo ini bukan sekadar untuk para peserta mengambil kit larian mereka, malah ia dibuka khas buat seluruh lapisan masyarakat untuk datang merasai sendiri aura sukan yang cukup luar biasa.

Bagi anda yang ‘gila’ barangan sukan, inilah masanya untuk ‘cuci mata’ dan berbelanja kerana pelbagai jenama terkenal bakal membuka booth dengan tawaran harga promosi dan diskaun menarik yang sukar dilepaskan. 

Bukan itu sahaja, pengunjung juga berpeluang menimba ilmu melalui sesi perkongsian eksklusif mengenai tips larian dan penjagaan kesihatan daripada pakar-pakar industri. 

Dengan konsep “Run, Explore & Chill”, expo ini menjadi destinasi terbaik untuk korang membawa keluarga dan rakan-rakan bersantai sambil menikmati pelbagai aktiviti menarik yang disediakan sepanjang tiga hari acara berlangsung.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah besar sukan di Terengganu ini. Sama ada korang seorang pelari tegar atau sekadar mahu mencari kasut sukan baharu sambil bersiar-siar, kehadiran korang pasti akan menambah seri lagi kemeriahan TM26. 

Jom kita pakat mari ramai-ramai ke Stadium Tertutup Gong Badak. Kita jumpa di sana, boh!