adidas Malaysia & SCORE Marathon 2026 bakal cipta sejarah baharu!

333

Dunia larian tempatan bakal menyaksikan satu fenomena luar biasa. adidas Malaysia secara rasmi mengumumkan kerjasama strategik bersama SCORE Marathon 2026 sebagai Rakan Pakaian Sukan Rasmi. 

Bukan sekadar larian biasa, kolaborasi ini membawa misi besar: menawan Malaysia Book of Records dengan sasaran 50,000 pelari dalam satu acara!


Sediakan kasut larian anda, kerana pada 18 hingga 19 Julai 2026, Dataran Putrajaya akan berubah menjadi lautan tenaga dan inovasi.

Membawa semangat global “You Got This”, adidas Malaysia ingin membuktikan bahawa setiap langkah itu berharga. Preston Page, Pengurus Negara adidas Malaysia, menegaskan bahawa fokus utama mereka adalah untuk memberi keyakinan kepada semua kategori pelari.

“Daripada larian 5K pertama anda sehinggalah usaha memburu rekod peribadi (PB) baharu, kami komited untuk berdiri di samping pelari dalam setiap fasa kemajuan mereka,” ulas Preston Page.

Bagi anda yang mendaftar, bersiap sedia untuk “dimanjakan” dengan pengalaman larian kelas dunia:

  • Jersi Eksklusif adidas: Semua pelari (5KM hingga 42KM) akan menerima baju acara rasmi adidas. Bagi wira 21KM dan 42KM, finisher tee eksklusif menanti anda di garis penamat sebagai bukti kentalnya semangat anda!
  • Klinik Larian ARKL: Jangan lari tanpa ilmu. Bermula Mei hingga Julai 2026, adidas Runners Kuala Lumpur (ARKL) akan mengadakan siri klinik larian. Anda akan dibimbing oleh jurulatih bertauliah dan pelari elit tentang teknik pernafasan, strategi rentak (pacing), dan cara pemulihan yang betul.
  • Zon Adizero: Alami Kelajuan: Semasa Pengambilan Pek Larian (REPC), anda boleh mencuba sendiri teknologi terpantas adidas melalui zon eksperimen Adizero. Inilah peluang anda menyarung Adizero Evo SL atau Adizero Adios Pro 4 yang menjadi kegilaan pelari maraton dunia.

Selepas berhempas pulas menamatkan larian, adidas menyediakan Zon Pemulihan khas di Race Village

Terdapat stesen regangan dan bimbingan foam rolling untuk memastikan otot anda kembali segar. Jangan lupa untuk merakam memori di ruang foto “Finisher Celebration” yang pastinya Insta-worthy untuk media sosial anda!

Dalam pada itu, bagi peminat barangan eksklusif, dua koleksi barangan (merchandise) khas kolaborasi ini akan mula dijual semasa REPC. Ini adalah barangan edisi terhad—sekali habis, tiada lagi!

Dengan pengiktirafan daripada World Athletics, SCORE Marathon kini berada di liga tersendiri. Sama ada anda pelari santai atau atlet kompetitif, inilah masanya untuk membuktikan kemampuan diri.

Jumpa anda di garis permulaan. Kerana dalam larian ini, you got this!