“Jawatankuasa pasukan bola sepak wanita negara sudah boleh letak jawatan” – Netizen
Selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak akan menghantar skaud kebangsaan wanita ke temasya Sukan SEA tanpa memberikan alasan kukuh, banyak pihak yang tampil menyuarakan ketidakpuasan hati mereka.
Isu ini menjadi semakin panas di sosial media apabila ramai yang menyelar dan mempersoal keputusan yang dibuat FAM itu serta menggesa pemegang jawatankuasa bola sepak wanita untuk meletak jawatan.
Yang pegang jawatankuasa pasukan wanita boleh la letak jawatan. Takde function dah.
— S𝙚𝙡𝙖𝙣𝙜𝙤𝙧 P𝙤𝙬𝙚𝙧 S𝙖𝙢𝙥𝙖𝙞 K𝙞𝙖𝙢𝙖𝙩 (@SpskOfficial) March 3, 2022
Mcm mana urus bola negara? Mcm ada sexist culture ja? Rank xmau, hantar team wanita p main tournament pon x lepas..something wrong with this association. https://t.co/T0hLko9rp1
— Don Azull (@Me19Zull) March 3, 2022
Siapa Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM? 🤡 https://t.co/DpErCsXvmA
— Piang Shankly (@PiangShankly) March 3, 2022
Sebagai seorang pengulas yang witness ramai talent yang bagus semasa Women Super League 2021, teramat kecewa dengan berita ini. https://t.co/JclfIxQpxJ
— Firdaus Musa (@mfirdausmusa) March 3, 2022
fam , mfl , kbs semua sama . takboleh pakai . nanti game malaysia dkt snbj , pakat naik tifo kepala 3 geng ni . biar dia sedar sikit . bolasepak malaysia especially wanita kena bg pendedahan la . WSL yg s’gor anjur tu byk impak positive tau . tlg la jgn jd bangsat
— Iwan Nasir 🦈 (@_rdhwnn) March 3, 2022
Seorang peminat tegar bola sepak wanita turut berang dengan keputusan tersebut dan menganggap FAM hipokrit.
I dont wanna hear a single thing coming from FAM “celebrating” the International Women’s Day in ANY kind of way whn y’all choose to take 10 steps backwards whn our girls r more than ready to bear the responsibility to represent the country on another level.
— Elliecat 🇲🇾 (@ellfmrzsmn) March 3, 2022
Bunch of hypocrites. https://t.co/LqPlJyQ5oT
Ada yang mempertikai kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden FAM sendiri iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin yang sebelum ini mengakui bola sepak wanita negara telah menunjukkan kejayaan tetapi tindakan yang dilakukan sebaliknya.
Walaupun Dianggap Berjaya Oleh Hamidin, FAM Tak Hantar Bolasepak Wanita Ke Sukan SEA https://t.co/dBQOYij9Vl
— Ceritera Sukan Malaysia (@Labola_Malaya) March 3, 2022
Dalam pada itu, ramai yang menyentuh mengenai pasukan bola sepak wanita Thailand dan Filipina yang layak ke Piala Dunia Wanita tetapi skuad wanita negara tak dihantar ke Sukan SEA.
Filipina dah layak Piala Dunia Wanita. Kita? Sukan SEA pun tak nak hantar skuad? https://t.co/EIizV1riKE
— Keesh (@keeshmatstats) March 3, 2022
Thailand pernah join world cup.
— I am Farhan Roslan (@nahraf88) March 3, 2022
Filipina & Vietnam next year akan join world cup dekat Australia & New Zealand.
Kita sea games pon tak join 😥. https://t.co/jY9kuCqN42
FAM doesn’t even have a vision to give exposure & empower women’s football.
— DUST.IN.THE.WIND. (@hadiaahhh123) March 3, 2022
We have a pool of talents from local league. Too bad, international exposure isn’t granted. https://t.co/Rn1PVQiQpX
Ada juga yang menyeru persatuan bola sepak negeri mengikut jejak langkah seperti yang dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dalam mewujudkan liga bola sepak wanita.
Other than Selangor. Other states must start their Women’s Football initiatives. Build from the grassroots, once solidify steadily form a professional and national women’s football league. The thing is, is there such plans from professional football administrators? https://t.co/hVkdc89LZs
— Padang Bola Sepak 🇲🇾 (@padangbolasepak) March 3, 2022
As International Women’s Day is just right around the corner. This is such a disappointing development for women’s football in Malaysia. Really hoped and believed after FA Selangor’s Women’s Super League. There would be continued momentum for the Women’s Game. Disappointing. https://t.co/OBHY4NO04N
— Padang Bola Sepak 🇲🇾 (@padangbolasepak) March 3, 2022
Sementara itu, ada yang menyeru pihak penaja untuk tidak lagi menaja FAM, sebaliknya menaja persatuan sukan yang benar-benar buat kerja.
Tak payah sponsors FAM, kalau sponsors income are used to bayar gaji, what for. Baik sponsors sports association yang betul betul develop the sports.
— Ewan Abas (@miniacs) March 3, 2022