AFC syorkan Malaysia NT dikembalikan kepada FAM – Windsor Paul

599

Isu pengurusan skuad bola sepak kebangsaan (Harimau Malaya) sentiasa menjadi topik panas yang mencetuskan perdebatan dalam kalangan peminat, penganalisis, dan pengamal media sukan tanah air.

Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul John yang ditemui selepas tamat Kongres Luar Biasa FAM menyatakan bahawa AFC telah mengesyorkan supaya pengurusan skuad kebangsaan dikembalikan semula kepada FAM seperti sebelum ini.


“Kita dah buat dalam recommendation (syor)… Pulang balik kepada FAM. Dah ada dalam recommendation, pulang balik kepada FAM,” 

katanya.

Syor ini bermakna entiti khas pasukan kebangsaan yang dikenali sebagai Malaysia NT sebelum ini akan menyerahkan semula baton kuasa mutlak kepada FAM.

Pengesyoran ini akan menyaksikan skuad kebangsaan akan diuruskan sepenuhnya oleh badan induk tersebut, sama seperti yang diamalkan suatu ketika dahulu.

Struktur baharu ini (yang membawa semula acuan lama dengan penambahbaikan) dijangka memberikan FAM kuasa penuh untuk mencorakkan masa depan pasukan kebangsaan.