Tarikh perlawanan Chelsea menentang JDT diawalkan ke 9 Ogos!

127

Peminat bola sepak tanah air perlu mengemas kini kalendar masing-masing! Perlawanan pramusim yang amat dinanti-nantikan antara gergasi Premier League, Chelsea FC, dan raja bola sepak Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT), telah dijadualkan semula ke tarikh baharu yang lebih awal.

Syarikat penganjur, TEG Sport, mengumumkan perlawanan yang sepatutnya berlangsung pada Selasa, 11 Ogos 2026, kini diawalkan ke Ahad, 9 Ogos 2026. 


Walau bagaimanapun, masa sepak mula (8:00 malam) dan lokasi perlawanan di stadium Stadium Sultan Ibrahim (SSI), kekal tidak berubah.

Pindaan ini dilakukan atas persetujuan bersama kedua-dua buah kelab bagi memberikan masa persediaan tambahan buat kedua-dua pasukan menjelang sepak mula musim baharu.

Info Penting Pemegang Tiket & Polisi Pemulangan Wang (Refund)

Bagi anda yang sudah memiliki tiket perlawanan bersejarah ini, berikut adalah perkara penting yang perlu diambil tahu:

  • Tiket Kekal Sah: Anda tidak perlu menukar atau mengemas kini tiket sedia ada. Hanya bawa tiket tersebut ke stadium pada tarikh baharu (9 Ogos).
  • Polisi Pulangan Wang 100%: Bagi penyokong yang tidak dapat hadir pada tarikh baharu, anda layak menerima pemulangan wang penuh (harga tiket + 3% yuran kemudahan).
  • Cara Mohon: Emel butiran tempahan anda ke sales@tickethotline.com.my sebelum 30 Jun 2026. Proses pemulangan akan memakan masa 7 hingga 14 hari bekerja.

Aksi pramusim ini bukan sekadar perlawanan biasa. Ia merupakan ujian berskala mega buat JDT di laman sendiri, manakala buat Chelsea, ia adalah aksi penting di bawah era baharu.

Dalam pada itu, skuad The Blues yang merupakan pemegang trofi Piala Dunia Kelab FIFA semasa bakal tampil di Johor dengan pengurus baharu mereka, Xabi Alonso. 

Sebagai satu-satunya kelab era moden yang memenangi semua trofi major (termasuk 2 kejuaraan UCL dan 6 trofi EPL), kehadiran Chelsea di Asia Tenggara sememangnya amat dinantikan oleh jutaan peminat setianya.

Sementara itu, skuad Harimau Selatan pula akan mempertahankan maruah negara di kubu kuat mereka. Memegang rekod luar biasa dengan 12 gelaran Liga Super berturut-turut serta status sebagai bekas juara Piala AFC, JDT sedia membuktikan mengapa mereka diiktiraf sebagai salah sebuah kelab paling digeruni di Asia Tenggara.

Tiket kini boleh dibeli melalui Tickethotline.com.my dengan harga bermula dari RM154 sehingga RM1,254 bagi zon VIP. Rebut harga promosi Early Bird sebelum ia berakhir pada hujung bulan ini:

Kategori Tempat DudukHarga AsasJumlah Kasar (Termasuk Yuran)
Kategori ARM 650RM 654
Kategori BRM 450RM 454
Kategori CRM 250RM 254
Kategori DRM 150RM 154

Perlawanan berprestij ini turut mendapat sokongan penuh daripada Rakan Pengalaman Rasmi, Tatler. 

Pastikan anda tidak terlepas menyaksikan detik bersejarah ini di Stadium Sultan Ibrahim!