Kontrak Rob Friend, Peter Cklamovski dan barisan jurulatih pasukan kebangsaan ditamatkan

188

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan penamatan kontrak beberapa individu penting dalam struktur pengurusan dan kejurulatihan pasukan kebangsaan atas persetujuan bersama, berkuat kuasa bulan ini.

Rombakan tersebut melibatkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pasukan Kebangsaan, Robert Douglas Friend (Rob Friend) yang berkuat kuasa pada 1 Jun 2026. 


Langkah itu disusuli skuad senior apabila ketua jurulatih, Peter Cklamovski, bersama dua staf teknikal, Matthew Smith dan Seiya Imazaki, ditamatkan kontrak pada 16 Jun 2026.

Skuad B-23 turut terkesan apabila kontrak ketua jurulatih, Nafuzi Zain, dan jurulatih penjaga gol, Mohd Yazid Mohd Yassin, berakhir pada 15 Jun 2026.

FAM menyatakan rasa hormat terhadap keputusan semua pihak dan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa serta sumbangan yang telah dicurahkan. 

Bagi memastikan kesinambungan program pasukan kebangsaan berjalan lancar, FAM kini sedang mengambil langkah sewajarnya untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.