Trail des Gombak 2026: Dah sedia nak ‘gegar’ Selayang?

136

Debaran kian terasa! Bagi korang yang dah berbulan-bulan buat training naik turun bukit, ikat tali kasut kemas-kemas sebab edisi terbesar Trail des Gombak (TDG26) akhirnya kembali melabuhkan tirainya minggu ini! Persoalannya sekarang: Sudah bersediakah korang secara mental, fizikal, dan yang paling penting… Race Pack dah ambil belum?

Sebelum korang dilepaskan di garisan permulaan untuk meneroka segala kemungkinan (Exploring Possibilities), ada satu ‘checkpoint’ wajib yang korang kena lalui dahulu hujung minggu ini.


Misi Pertama: Kutipan Race Entry Pack (REPC)

Semua peserta diwajibkan untuk mengambil pek larian masing-masing di lokasi tumpuan utama, Dataran Ilmu, Bandar Baru Selayang (tepat di hadapan Stadium Majlis Perbandaran Selayang).

Sila tanda kalendar korang siap-siap supaya tak terlepas slot waktu berikut:

  • 19 Jun 2026 (Jumaat): 10:00 AM – 10:00 PM
  • 20 Jun 2026 (Sabtu): 10:00 AM – 10:00 PM

Perhatian Khas Buat Peserta Selayang Cultural Night Run! Khusus untuk korang yang menyertai kategori Night Run, waktu kutipan pek larian korang akan ditutup awal pada jam 6:00 PM hari Sabtu (20 Jun). Jangan lambat ya, nanti merana putih mata dekat garisan mula!

Nota Penting: Sila bawa bersama semua barang wajib (mandatory items) korang semasa sesi kutipan untuk semakan. Butiran lanjut mengenai syarat kutipan boleh dirujuk dalam Runner’s Guide Book.

Bukan Sekadar Ambil Nombor: Jom Cuci Mata di TDG26 RACE EXPO!

Dah alang-alang ambil race pack, jangan terus balik! Singgah sekejap dan rasai kemeriahan TDG26 Race Expo yang berlangsung di venue yang sama.

Expo ini akan beroperasi lebih lama tau:

  • Jumaat & Sabtu (19-20 Jun): 10:00 AM – 10:00 PM
  • Ahad (21 Jun): 9:00 AM – 2:00 PM

Inilah masanya untuk korang suai kenal dengan rakan-rakan pelari trail yang lain, cuci mata melihat produk terkini daripada para penaja, rakan acara, pameran, serta vendors yang mengambil bahagian. Mana tahu ada barang atau gelminit-minit terakhir yang korang perlu tambah, semuanya ada di sini.

Sama-sama kita raikan komuniti larian bukit dalam edisi Trail des Gombak yang paling gempak setakat ini. Bersedia untuk sahut cabaran, atur langkah dengan selamat, dan buktikan kemampuan korang.

See you in Gombak! Because… It’s A Gombak Thing!