Sambil berlari menikmati panorama Kuala Terengganu melalui Road To TM27
Pengalaman menikmati keindahan dan keunikan berlari di atas Jambatan Sultan Mahmud yang selalunya dimonopoli oleh pelari kategori maraton penuh dan separuh maraton kini dibuka buat semua peringkat umur serta tahap kecergasan.
Melalui penganjuran acara Road To TM27 bersama PPAT bagi kategori larian dan berjalan sejauh 5 kilometer, orang ramai kini boleh merasai sendiri aura laluan ikonik tersebut tanpa perlu menunggu kejohanan maraton yang besar.
Acara santai ini menjanjikan satu pengalaman yang cukup menakjubkan kerana para peserta bakal dihidangkan dengan panorama indah berlatarbelakangkan Bukit Besar, Taman Tamadun Islam, dan kemegahan Jambatan Angkat Kuala Terengganu.
Sama ada anda seorang pelari tegar yang ingin melakukan regangan atau sekadar mahu meluangkan masa berkualiti bersama keluarga sambil menikmati angin pagi, acara ini merupakan platform yang paling sempurna untuk disertai.
Menariknya, setiap peserta yang mendaftar bakal membawa pulang pelbagai keistimewaan yang sangat berbaloi termasuk sehelai baju Runliday TM27 bernilai RM55 yang boleh dipilih warnanya sendiri, sehelai baju rasmi Road To TM27, dan juga kod promosi bernilai RM10 untuk pendaftaran Terengganu Marathon 2027.
Ini bermakna dengan hanya satu penyertaan, peserta bukan sahaja mendapat pengalaman berharga malah membawa pulang dua helai baju eksklusif serta menikmati diskaun untuk acara maraton akan datang.
Acara ini dijadualkan berlangsung pada 24 Julai 2026 bermula jam 7:30 pagi dengan sasaran membangkitkan semula semangat larian di Jambatan Sultan Mahmud.
Bagaimanapun, orang ramai yang berminat digesa untuk bertindak pantas memandangkan kuota penyertaan amat terhad kepada 500 slot sahaja dan pendaftaran boleh dilakukan menerusi laman web rasmi Flagoff Asia (www.flagoffasia.com) atau melayari portal Terengganu Marathon (www.terengganumarathon.com) untuk maklumat lanjut.