Adidas rakan rasmi jersi Selangor FC musim 2026/27!

261

Salah satu kolaborasi paling ikonik dalam sejarah bola sepak tempatan kembali menjadi kenyataan apabila jenama sukan gergasi dunia, adidas, diumumkan secara rasmi sebagai rakan rasmi jersi Selangor FC bagi saingan musim 2026/27.

Penyatuan semula ini membuka lembaran baharu buat skuad Gergasi Merah, mengimbau kembali nostalgia era kegemangan kelab yang pernah dilakar bersama jenama berpangkalan di Jerman itu sebelum ini.


Digerakkan oleh minat mendalam terhadap bola sepak dan misi melahirkan generasi pelapis melalui sukan, adidas dan Selangor kembali bergabung demi menjulang warisan kelab yang dibina atas paksi kebanggaan, prestasi impak tinggi, dan matlamat yang jelas.

Sepanjang kerjasama terdahulu, adidas sentiasa menjadi saksi serta tunjang kepada pembentukan sejarah moden Selangor, sekali gus menyumbang kepada pelbagai detik magis di dalam dan di luar padang. 

Kehadiran semula penaja tegar ini dijangka menyemarakkan lagi semangat #MentalitiJuara dalam kalangan pemain, penyokong, serta seluruh komuniti bola sepak Selangor.

Kemuncak kepada kepulangan reka bentuk ikonik ini bakal disaksikan melalui pelancaran rasmi jersi Home (Laman Sendiri) dan Away (Tempat Lawan) adidas x Selangor FC 2026/27 yang dijadualkan pada 20 Ogos 2026. 

Rekaan eksklusif ini direka khas bagi meraikan sejarah kaya kelab di samping membawa bauran elemen moden yang memandang terus ke masa hadapan.