Danilo Sipovac sedia kembali ke Liga Super Malaysia!

165

Seorang pemain yang pernah mencuri perhatian di Liga Super Malaysia kini berstatus ejen bebas (free agent) dan terbuka untuk menerima tawaran baharu di Liga Malaysia.

Beliau pernah menjadi antara pemain terpantas di dunia dengan catatan kelajuan 35.98 km/j, sekali gus berada dalam kelompok 10 rekod pecutan terpantas dalam sejarah bola sepak.


Prestasi terkininya di Bosnia juga cukup mengagumkan apabila merekodkan 5 gol dan 5 bantuan gol dalam 12 perlawanan, selain dipilih dalam Kesebelasan Terbaik Liga Bosnia.

Mampu beraksi sebagai sayap kiri, sayap kanan, penyerang dan bek sayap (wing-back), beliau mengakui Malaysia sentiasa mempunyai tempat istimewa di hatinya.

“Saya sangat gembira jika diberi peluang kembali ke Malaysia. Saya sukakan suasana bola sepak di sini, penyokongnya yang luar biasa dan layanan baik daripada semua orang. Di mana sahaja saya bermain di Malaysia, saya sentiasa menerima sokongan dan penghormatan. Saya berharap dapat kembali beraksi di Liga Super Malaysia.”

katanya.

Kini, beliau berharap dapat kembali mewarnai Liga Super Malaysia dan berharap ada mana-mana pasukan menawarkannya untuk musim baru 26/27.