Debaran kemuncak bermula! Siapa bakal gegarkan Liga Super 2026/27?

145

Peminat bola sepak tempatan, bersedia untuk bersorak semula! Debaran saingan Liga Malaysia bagi musim 2026/27 semakin dirasai apabila kancah Liga Super dijadualkan membuka tirainya secara rasmi pada 21 Ogos 2026.

Musim baharu ini menjanjikan kelainan yang lebih padu, dramatik, dan berdaya saing tinggi. Indonesian mahupun kelab gergasi, persediaan rapi kini sedang giat dijalankan demi memburu takhta kejuaraan domestik yang paling bernilai ini.


12 Kelab Elit Sedia Bertempur

Sebanyak 12 kelab terbaik akan berentap demi menjulang trofi kejuaraan musim ini. Langkah Malaysian Football League (MFL) mengecilkan saiz liga adalah demi memastikan persaingan yang lebih kualiti, mampan, dan bebas daripada isu kelangsungan kewangan.

Senarai Kelab Yang Sah Bertanding:

  • Johor Darul Ta’zim (JDT) – Juara Bertahan
  • Kuching City FC
  • Selangor FC
  • Kuala Lumpur City FC
  • Terengganu FC
  • Star City FC (Dahulu dikenali sebagai Imigresen FC)
  • Negeri Sembilan FC
  • Penang FC
  • Sabah FC
  • DPMM FC
  • Melaka FC
  • Kelantan Red Warrior FC

Kalendar Musim 2026/27: Tarikh-Tarikh Penting

Saingan Liga Malaysia musim 2026/27 bakal membuka tirainya secara rasmi menerusi Perlawanan Sumbangsih memperebutkan Piala Sultan Haji Ahmad Shah antara JDT dan Kuching City FC pada 21 Ogos 2026. 

Perlawanan ini juga menandakan bermulanya saingan Liga Super yang dijadualkan berlangsung sehingga 23 Mei 2027.

Bagi kempen Piala FA pula, saingan akan dimulakan pada 1 hingga 2 September 2026 sebelum perlawanan akhir berlangsung pada 16 Januari 2027. 

Seterusnya, pertandingan MFL Challenge Cup bakal memulakan saingan pada 10 hingga 11 Februari 2027 dengan pentas final yang dijalankan secara dua pusingan pada 11 dan 18 April 2027.

Sebagai pelengkap musim, kejohanan berprestij Piala Malaysia akan memulakan aksi pembuka pusingan pada 22 hingga 24 Januari 2027, manakala perlawanan akhir yang menjadi kemuncak musim bakal dilangsungkan pada 30 Mei 2027. (Nota: Sebarang perubahan jadual adalah tertakluk kepada pindaan MFL).

Aksi Pembuka Tirai: JDT vs Kuching City FC

Tirai saingan akan dibuka secara rasmi menerusi Perlawanan Sumbangsih yang memperebutkan Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada 21 Ogos 2026 di Stadium Sultan Ibrahim. 

Pertembungan sengit antara juara bertahan, JDT, dan naib juara, Kuching City FC, ini turut dikira sebagai aksi pertama kutipan mata bagi saingan Liga Super!

Dengan pelaksanaan Financial Fair Play (FFP) yang lebih ketat serta format liga yang lebih tersusun, tiada lagi perlawanan “mudah”. 

Setiap kelab kini mempunyai persediaan padu untuk merebut mahkota kejuaraan.

Adakah dominasi JDT bakal diteruskan, atau bakal ada kejutan gergasi baharu yang akan takluk takhta? Siapkan jersi anda, penuhi stadium, dan berikan sokongan padu buat pasukan kesayangan anda!