Giggs, Owen dan Del Piero bakal gegar MITEC KL dalam aksi 5 vs 5, tiket kini SELLING FAST!
Aksi perlawanan pertunjukan antara ALLSTAR PREMIER LEAGUE LEGENDS dan ALLSTAR WORLD LEGENDS kini rasmi dipindahkan ke venue berhawa dingin di MITEC KL, Hall 9 dan 10 pada Sabtu, 3 Oktober 2026, jam 8:45 malam.
Pertukaran lokasi daripada TM National Stadium bukan sahaja menawarkan keselesaan maksimum buat para penonton, malah memberi peluang kepada peminat untuk menikmati aksi dari tempat duduk yang lebih dekat dengan gelanggang.
Menariknya, perlawanan kali ini turut menyaksikan format aksi dinaik taraf kepada 5 vs 5, sekali gus menjanjikan permainan lebih pantas, sengit dan mendebarkan.
Kem ALLSTAR PREMIER LEAGUE LEGENDS bakal dibarisi deretan bintang terkemuka seperti Danny Simpson, David Bentley, Eidur Gudjohnsen, John Arne Riise, Michael Owen, Ryan Giggs dan Steven Gerrard.
Sementara itu, ALLSTAR WORLD LEGENDS pula tidak kurang hebatnya apabila menampilkan nama-nama besar seperti Alessandro Del Piero, Dida, Diego Capel, Fernando Morientes, Jaap Stam, Javier Saviola dan Gregory van der Wiel.
Sambutan luar biasa daripada pencinta bola sepak tempatan menyaksikan tiket perlawanan kini SELLING FAST dan semakin mendapat perhatian peminat.
Bagi yang masih belum mendapatkan tiket, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pertembungan legenda ini secara langsung di MITEC KL.
Peminat juga berpeluang bertemu serta menimba ilmu secara dekat menerusi sesi khas All Star Legends Talk: The Winning Mindset dengan mendapatkan tiket di laman rasmi ticket2u.com.my/allstarlegends sebelum kehabisan.