Kami bermain untuk satu sama lain, bekerja keras demi kemenangan ini – Lim You

252

Skuad bola sepak wanita bawah 17 tahun negara (Malayan Tigress B-17) meneruskan momentum cemerlang dalam saingan Kelayakan Piala Asia Wanita B-17 2027 selepas mencatatkan kemenangan bergaya 4-0 ke atas Iraq pada perlawanan kedua Kumpulan E.

Bintang muda negara, Lim You, dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan (Player of the Match) selepas menyumbang satu gol dan satu bantuan gol (assist). 


Menurut Lim You, persembahan cemerlang itu adalah hasil latihan berterusan serta semangat berpasukan yang tinggi.

“Pertama sekali, terima kasih banyak atas sokongan anda. Prestasi kami sangat cemerlang. Sejujurnya, kami mahu menjaringkan lebih banyak gol, tetapi kemenangan hari ini sangat penting untuk perlawanan seterusnya.

Saya benar-benar bersyukur atas anugerah pemain terbaik perlawanan. Saya fikir kita semua bekerjasama dengan sangat baik. Kita semua bermain untuk satu sama lain dan bekerja keras untuk kemenangan ini. Gol dan bantuan gol itu semuanya hasil kerja pasukan saya,”

katanya.

Lim You pada masa sama turut berkata keserasian erat bersama rakan sepasukannya, Qaseh, terjalin kerana faktor usia yang sebaya sebagai pemain termuda. 

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai teknik sepakan uniknya, Lim You menyatakan ia kini menjadi satu naluri hasil daripada latihan yang kerap. 

Beliau turut meminta agar rakan sepasukan lain diberikan pengiktirafan atas kerja keras mereka.

Sementara itu, pengendali skuad negara melakukan rotasi pemain bagi memberi pengalaman antarabangsa kepada barisan bakat muda. 

Mengulas perlawanan penentu (do-or-die) Kumpulan E seterusnya menentang India, beliau menghormati kekuatan lawan namun percaya pasukan negara mempunyai peluang untuk menang dan memohon sokongan bertenaga daripada para peminat tempatan.